Tuesday, May 29, 2012

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2012

Kempen Sayangi Buku Teks 2012 telah dirasmikan oleh Puan Hjh Salehah Mohd Amin, Pengetua SMK Seksyen 7 pada 16 Januari 2012. Pada majlis tersebut, Puan Hjh Salehah telah menandatangani 'giant card' yang bertemakan 'Temanku Buku, Jiwaku Ilmu'.
Semasa perasmian, guru-guru telah diberikan pembaris sebagai cenderamata Kempen Sayangi Buku Teks. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung ialah pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan membuat penanda buku, melukis poster, dan info teks tercantik.
Sementara itu, semasa pelancaran kempen, murid -murid juga diwar-warkan tentang program Operasi Menulis Nama, Operasi Belailah Daku dan Kenali Buku Anda.
Murid-murid juga digalakkan untuk mengunjungi Klinik BOSS untuk merawat buku teks mereka yang rosak
Dengan adanya kempen ini, murid-murid diharap agar dapat menyemai sikap sayang akan buku teks yang dipinjamkan kepada mereka sekali gus mencintai ilmu yang diperoleh daripada buku teks.

'giant card'
cenderamata untuk para guru

0 comments:

Post a Comment