Sunday, March 13, 2011

BULETIN SPBT EDISI 06/ JUN 2010






LAWATAN KE ANGKASAPURI

SMK Seksyen 7, Shah Alam –Pada Khamis 24 Jun 2010, Kelab SPBT telah mengadakan lawatan ke Angkasapuri, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru penasihat telah menyertai lawatan ini. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Wisma TV yang menempatkan studio-studio untuk siaran televisyen dan Wisma Radio. Selain itu, kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Penyiaran yang terdapat di sana.

Kelab SPBT telah memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia atas kesudian menerima kunjungan daripada Kelab SPBT .

Sebelum pulang,rombongan telah singgah ke Mid Valley untuk menikmati makan tengah hari.

Lawatan ini telah memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang bidang penyiaran dengan lebih mendalam.



0 comments:

Post a Comment