Sunday, March 13, 2011

BULETIN SPBT EDISI 04/APRIL 2010

SMK Seksyen 7, Shah Alam Kelab SPBT telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan April. Antara aktiviti yang dijalankan pada bulan ini ialah membuat keratan akhbar , membersihkan taman dan menanam pokok bunga .

Pada 19 April 2010 juga telah diadakan penyampaian watikah pelantikan unit-unit khas. Unit SPBT juga terlibat dengan penyampaian watikah ini iaitu seramai 40 orang pelajar sesi pagi dan 20 orang pelajar sesi petang menerima watikah sebagai DR BOSS daripada Pengetua Pn. Hjh Salehah Mohd Amin. Diharap dengan watikah ini pelajar-pelajar akan lebih bersemangat membantu pihak sekolah dan melatih kepimpinan mereka.


SPBT

TERUS BERSAMA ANDA!!!

0 comments:

Post a Comment