Sunday, March 13, 2011

BULETIN SPBT EDISI 06/ JUN 2010

LAWATAN KE ANGKASAPURI








BULETIN SPBT EDISI 06/ JUN 2010






LAWATAN KE ANGKASAPURI

SMK Seksyen 7, Shah Alam –Pada Khamis 24 Jun 2010, Kelab SPBT telah mengadakan lawatan ke Angkasapuri, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru penasihat telah menyertai lawatan ini. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Wisma TV yang menempatkan studio-studio untuk siaran televisyen dan Wisma Radio. Selain itu, kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Penyiaran yang terdapat di sana.

Kelab SPBT telah memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia atas kesudian menerima kunjungan daripada Kelab SPBT .

Sebelum pulang,rombongan telah singgah ke Mid Valley untuk menikmati makan tengah hari.

Lawatan ini telah memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang bidang penyiaran dengan lebih mendalam.



BULETIN SPBT EDISI 05/ MEI

AKTIVITI KELAB-MEI

SMK Seksyen 7, Shah Alam –Sepanjang bulan Mei,Kelab SPBT telah menjalankan aktiviti-aktiviti keceriaan sebagai persediaan pertandingan anugerah kualiti PPD Petaling Perdana. Antara yang dilakukan ialah menampal mengecat mural dan polistren. Judul buku di rak juga telah ditukar menggunakan plak lutsinar supaya nampak lebih kemas. Dengan kerjasama daripada ahli kelab, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar. Semoga SPBT akan mendapat kemenangan dalam pertandingan tersebut.

SPBT Ceria

Sekolah berjaya

BULETIN SPBT EDISI 04/ APRIL 2010

AKTIVI KELAB- APRIL

SMK Seksyen 7, Shah AlamKelab SPBT telah menjalankan beberapa aktiviti pada bulan ini.Antaranya ialah:

  • 1) Membersihkan Taman SPBT
  • 2) Membuat keratan akhbar tentang SPBT
  • 3) Membersihkan Bilik SPBT
  • 4) Penyerahan watikah pelantikan Dr Boss.

Semua aktiviti kelab ini dijalankan pada setiap Khamis jam 1.10-3.00 petang dengan dipantau oleh Pn.Aniza dan Pn. Suzarina selaku Penasihat Kelab SPBT.

Pada 19 April 2010 telah diadakan penyerahan watikah pelantikan Dr Boss oleh Pengetua Pn. Hjh Salehah Mohd Amin.Seramai 40 orang ahli kelab SPBT dari sesi pagi dan 20 orang dari sesipetang telah menerima watikah ini. Diharap semoga Dr.Boss dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan bertanggungjawab

BULETIN SPBT EDISI 04/APRIL 2010

SMK Seksyen 7, Shah Alam Kelab SPBT telah mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan April. Antara aktiviti yang dijalankan pada bulan ini ialah membuat keratan akhbar , membersihkan taman dan menanam pokok bunga .

Pada 19 April 2010 juga telah diadakan penyampaian watikah pelantikan unit-unit khas. Unit SPBT juga terlibat dengan penyampaian watikah ini iaitu seramai 40 orang pelajar sesi pagi dan 20 orang pelajar sesi petang menerima watikah sebagai DR BOSS daripada Pengetua Pn. Hjh Salehah Mohd Amin. Diharap dengan watikah ini pelajar-pelajar akan lebih bersemangat membantu pihak sekolah dan melatih kepimpinan mereka.


SPBT

TERUS BERSAMA ANDA!!!