Wednesday, May 12, 2010

BULETIN SPBT EDISI 03 / APRIL 2009

TAMAN SPBT- AKUA TROPIKA
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Taman SPBT kini dikenali dengan Taman Akua-Tropika. Taman ini telah dihasilkan sejak tahun 2007 dan sentiasa dibersihkan dan dinaiktaraf oleh ahli-ahli Kelab SPBT sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Taman ini telah diubahsuai semula ketika majlis mesyuarat PIBG pada bulan Februari 2009 yang lalu. Berkat kerjasama ahli Kelab SPBT yang tidak berbelah bahagi dan sayang akan kelab mereka, taman ini telah semakin cantik dengan adanya kolam buatan yang telah tersedia sebelum ini.

Antara tanaman yang ditanam di taman ini ialah spider lily(bakung),
kiambang,dan pokok-pokok tropika. Nama akua diambil sempena nama pokok-pokok yang berkaitan dengan air, manakala tropika pula merujuk kepada pokok-pokok tropika.

Semoga taman akua-tropika ini menjadi taman dan lanskap yang cantik dari semasa ke semasa sekaligus mencantikkan panorama sekolah kita. Diharap pelajar-pelajar menjaga kebersihan taman ini dengan tidak membuang sampah di taman ini. Pelajar-pelajar boleh menggunakan kerusi di taman ini untuk membaca.

0 comments:

Post a Comment