Wednesday, May 12, 2010

BULETIN SPBT EDISI 02/MAC 09

AKTIVITI-AKTIVITI KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2009
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kempen Sayangi Buku Teks 2009 telah dilancarkan pada Isnin 12 Februari 2009 oleh Pengetua SMK Seksyen 7, Pn. Hjh Alawiyah Ahmed Dahlan. Pada majlis tersebut, Pengetua telah menandatangani replika buku yang telah dihasilkan oleh guru Kelab SPBT iaitu Cik Ni’Mazakirah. Motto kempen ini ialah “Sayangi Buku Pelajar Berilmu” iaitu mengambil sempena motto Unit SPBT. Semasa perasmian, guru-guru telah diberikan penanda buku sebagai cenderamata dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Antara aktiviti semasa kempen ini dijalankan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mereka penanda buku, pertandingan power point, pertandingan membalut buku terpantas, kuiz bertulis dan menulis esei. Sementara itu, borang-borang pengesahan penerimaan dan penjagaan buku oleh ibu bapa telah diedarkan semasa kempen ini berlangsung. Pemantauan buku teks pelajar-pelajar turut dilakukan sepanjang kempen ini.

Dengan adanya kempen ini pelajar-pelajar diharap dapat menyayangi buku teks mereka dan memanipulasi buku teks bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan tetapi untuk tujuan pertandingan.

0 comments:

Post a Comment