Friday, May 14, 2010

BULETIN SPBT EDISI 01/ JAN 2010

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kempen Sayangi Buku Teks 2010 telah dilancarkan pada Isnin 5 Februari 2010 oleh Penolong Kanan HEM Pn.Hjh Rohana Mat Sah yang menggantikan Pengetua yang terpaksa menghadiri acara lain pada hari yang sama.Pada majlis tersebut, Pn. Rohana hanya menunjukkan plak yang tertulis Kempen Sayangi Buku Teks 2010. Motto kempen pada tahun ini ialah “ Buku Dijaga,Ilmu Ditimba”.

Semasa perasmian, guru-guru telah diberikan ‘button’ kempen ini sebagai cenderamata dan memakainya selama seminggu sempena kempen ini.
Antara aktiviti semasa kempen ini dijalankan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mereka penanda buku, pertandingan infoteks tercantik, pertandingan mendeklamasi sajak daripada antologi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kenali buku anda.
Sementara itu, pada pelancaran kempen ini juga telah diwar-warkan tentang program Jejaki Daku dan Rawati Daku iaitu menjejaki buku-buku yang ditinggalkan di dalam kelas dan kawasan sekolah serta menggalakkan pelajar mengunjungi Klinik BOSS untuk membaikpulih buku-buku mereka yang rosak.

Dengan adanya kempen ini pelajar-pelajar diharap dapat menyayangi buku teks mereka dan memanipulasi buku teks bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan tetapi untuk tujuan pertandingan.

Siaran kempen ini telah ditampal di semua kelas untuk memastikan mereka mengambil tahu akan kempen ini dan di dalam siaran itu telah dituliskan Hargai Buku Teks Yang Dipinjamkan Kepada Anda.

0 comments:

Post a Comment