Friday, May 14, 2010

BULETIN SPBT EDISI 03/ MAC 2010

AKTIVITI SPBT- MAC
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kelab SPBT telah mengadakan aktiviti sepanjang bulan Mac. Antara aktiviti yang dijalankan pada bulan ini ialah membersihkan taman dan keceriaan.

Kelab SPBT terus menceriakan Bilik SPBT dengan penambahbaikan terhadap susun atur di dalam Bilik SPBT. Rak-rak dilekatkan dengan label buku yang baru.

Kebersihan dan keindahan Taman Akua Tropika juga tetap dijaga supaya nampak cantik dan bersih.

Semua aktiviti yang dijalankan ini bertujuan memupuk sikap tanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada Kelab SPBT. Selain itu untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli Kelab SPBT.

Aktiviti rutin Kelab SPBT tetap diteruskan iaitu menguruskan urusan yang berkaitan dengan buku teks pada waktu rehat pada setiap hari.

KELAB SPBT SENTIASA MEMBANTU ANDA

BULETIN SPBT EDISI 02/ FEB 2010

AKTIVITI KELAB SPBT- JANUARI/FEBRUARI
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Sepanjang bulan Januari dan Februari, Kelab SPBT telah mengadakan perjumpaan pada setiap hari Khamis jam 1.10-3.00 petang dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

a) Membantu pengurusan agihan buku teks
b) Mengemaskini borang akuan penerimaan buku teks
c) Pemilihan AJK/BIRO
d) Kempen Sayangi Buku Teks
e) Mengemaskini rekod dan data
f) Pengurusan buku pelupusan dan lebihan buku teks
g) Membuat penanda buku

Semoga Kelab SPBT akan terus aktif dan memainkan peranan membantu pihak sekolah dan pelajar-pelajar dalam urusan SPBT.

BULETIN SPBT EDISI 01/ JAN 2010

KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kempen Sayangi Buku Teks 2010 telah dilancarkan pada Isnin 5 Februari 2010 oleh Penolong Kanan HEM Pn.Hjh Rohana Mat Sah yang menggantikan Pengetua yang terpaksa menghadiri acara lain pada hari yang sama.Pada majlis tersebut, Pn. Rohana hanya menunjukkan plak yang tertulis Kempen Sayangi Buku Teks 2010. Motto kempen pada tahun ini ialah “ Buku Dijaga,Ilmu Ditimba”.

Semasa perasmian, guru-guru telah diberikan ‘button’ kempen ini sebagai cenderamata dan memakainya selama seminggu sempena kempen ini.
Antara aktiviti semasa kempen ini dijalankan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mereka penanda buku, pertandingan infoteks tercantik, pertandingan mendeklamasi sajak daripada antologi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kenali buku anda.
Sementara itu, pada pelancaran kempen ini juga telah diwar-warkan tentang program Jejaki Daku dan Rawati Daku iaitu menjejaki buku-buku yang ditinggalkan di dalam kelas dan kawasan sekolah serta menggalakkan pelajar mengunjungi Klinik BOSS untuk membaikpulih buku-buku mereka yang rosak.

Dengan adanya kempen ini pelajar-pelajar diharap dapat menyayangi buku teks mereka dan memanipulasi buku teks bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan tetapi untuk tujuan pertandingan.

Siaran kempen ini telah ditampal di semua kelas untuk memastikan mereka mengambil tahu akan kempen ini dan di dalam siaran itu telah dituliskan Hargai Buku Teks Yang Dipinjamkan Kepada Anda.

BULETIN SPBT EDISI 01/ JAN 2010

BINGKISAN MESRA
SMK Seksyen 7, Shah Alam – Bingkisan Mesra ialah nama yang diberi untuk program pengambilan buku teks Tingkatan 1 tahun 2010. Program ini diadakan pada Rabu 29 Disember 2009 dan Khamis 30 Disember 2009 yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Antara prosedur yang perlu diikuti pada hari tersebut ialah:
  1. SEMAK NAMA DAN TINGKATAN
  2. BERATUR/ISI BORANG
    · BORANG PERJANJIAN PENERIMAAN DAN PENJAGAAN BUKU TEKS (PELAJAR)
    · BORANG PERJANJIAN PENERIMAAN DAN PENJAGAAN BUKU TEKS (IBU BAPA)
  3. TANDA TANGAN PENERIMAAN
  4. TERIMA BUKU
  5. SEMAK BILANGAN BUKU


Ahli Kelab SPBT secara sukarela telah membantu melicinkan pengurusan pengagihan buku teks pada hari tersebut bersama-sama guru-guru SPBT. Buku-buku teks tersebut telah dibungkus di dalam plastik untuk memudahkan pengagihan . Ibubapa dan pelajar telah datang seawal 8.00 pagi dan beratur untuk mengambil buku teks. Pengagihan buku teks ini telah berjalan dengan lancar.

Thursday, May 13, 2010

BULETIN SPBT EDISI 07/ NOVEMBER 2009

AKTIVITI KELAB SPBT- OKTOBER/NOVEMBER
SMK Seksyen7, Shah Alam- Kelab SPBT telah membantu pengurusan SPBT iaitu pemulangan buku teks tahun 2009 iaitu:
TINGKATAN 1: Rabu 4 November 2009

TINGKATAN 2: Rabu 4 November 2009

TINGKATAN 3: Rabu 14 Oktober 2009

TINGKATAN 4: Rabu 4 November 2009

TINGKATAN 5: Rabu 4 November 2009

Pemulangan buku telah berjalan dengan lancar di DewanTerbuka mengikut kelas masing-masing. Pemulangan buku tahun ini lebih teratur dengan sistem baru yang diperkenalkan iaitu pelajar berada di Dewan Terbuka mengikut kelas pada masa yang ditetapkan. Kelab SPBT telah membuka kaunter pemulangan mengikut kelas untuk memudahkan pengurusan. Selepas buku disemak,pelajar membawa buku-buku teks ke Bilik SPBT untuk disusun.

Namun begitu,terdapat juga pelajar-pelajar yang tidak memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan dan ini telah menyukarkan pengurusan SPBT.Pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah dibenarkan melanjutkan peminjaman buku teks mereka sehingga peperiksaan SPM tamat iaitu pada10 Disember.

BULETIN SPBT EDISI 06/ OGOS 2009


AKTIVITI KELAB SPBT
SMK Seksyen7, Shah Alam- Kelab SPBT telah mengadakan majlis doa selamat dan jamuan pada 20 Ogos 2009 untuk ahli-ahli kelab khususnya untuk pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM. Ahli kelab telah dijamu dengan makanan ayam goreng KFC. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengetua Pn. Hjh Alawiyah Ahmed Dahalan, Penolong Kanan En. Mustafa Kamal Mohamad dan Penyelia Petang Pn.Rose Aliza Sutristno. Bacaan doa telah dibacakan oleh Pn.Rose Aliza. Semua ahli Kelab SPBT sesi pagi dan petang menyertai majlis ini.













BULETIN SPBT EDISI 05/ JUN 2009

LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF, KUALA LUMPUR

SMK Seksyen 7, Shah Alam- Kelab SPBT telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada hari Khamis 25 Jun 2009. Seramai 42 pelajar dan 4 orang guru penasihat telah menyertai lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mempelajari teknik mewarna batik dan teknik membuat bakul secara percuma. Semua pelajar berpeluang mewarna batik dan membuat bakul sendiri. Semua hasil kerja mereka boleh dibawa balik. Pelajar juga berpeluang melawat sekitar Kompleks Kraf iaitu ke Perkampungan Pelukis yang menempatkan pelbagai hasil seni. Sebelum pulang,pelajar juga diberikan cenderamata oleh pihak Kompleks Kraf.Sebelum pulang,rombongan telah pergi ke KLCC untuk menikmati makan tengah hari.







Wednesday, May 12, 2010

BULETIN SPBT EDISI 05 / JUN 2009

AKTIVITI KELAB SPBT
SMK Seksyen7, Shah Alam- Sepanjang bulan Jun, Kelab SPBT terus aktif menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya ialah membuat T-Shirt Kelab yang cantik berwarna biru dengan harga RM 19. Ahli kelab hanya perlu membayar RM 15 dan selebihnya ditanggung oleh Kelab sebagai tanda penghargaan kepada ahli yang aktif.

Selain itu, ahli Kelab SPBT juga telah didedahkan dengan kraftangan iaitu membuat bunga daripada tisu. Memandangkan pada akhir Mei yang lalu lawatan ke Komplek Kraf telah diadakan maka wajarlah aktiviti ini diadakan supaya pelajar juga mahir dengan kraftangan.

Aktiviti rutin tahunan yang turut dijalankan ialah memproses buku. Buku-buku kegunaan 2010 telahpun sampai sebahagiannya dan terus diproses agar memudahkan proses pengagihan kelak.

BULETIN SPBT EDISI 04 / MEI 2009

AKTIVITI KELAB SPBT
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kelab SPBT telah mengadakan aktiviti sepanjang bulan April. Antara aktiviti yang dijalankan pada bulan ini ialah keceriaan, membuat penanda buku dan membuat Tshirt kelab. Kesemua aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif masing-masing. Contohnya:
MEMBUAT PENANDA BUKU

OBJEKTIF:
1) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara membuat penanda buku dari bahan semula jadi
2) Memupuk rasa cinta terhadap buku

2) KECERIAAN

OBJEKTIF:
1) Memupuk sikap tanggung jawab terhadap kebersihan dan keceriaan Bilik SPBT
2) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli Kelab SPBT
3) Memgasah bakat dan kreativiti ahli Kelab SPBT dalam mencantikkan Bilik SPBT

3) MEMBUAT T/SHIRT

OBJEKTIF:
1) Melahirkan rasa bangga menjadi ahli Kelab SPBT
2) Memupuk semangat menghargai dan menyayangi Kelab SPBT
3) Memberi kesedaran tentang peranan dan tanggung jawab mereka kepada sekolah

NAK JADI AHLI KELAB SPBT??..TAHUN DEPAN YE.....

BULETIN SPBT EDISI 03 / APRIL 2009

TAMAN SPBT- AKUA TROPIKA
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Taman SPBT kini dikenali dengan Taman Akua-Tropika. Taman ini telah dihasilkan sejak tahun 2007 dan sentiasa dibersihkan dan dinaiktaraf oleh ahli-ahli Kelab SPBT sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Taman ini telah diubahsuai semula ketika majlis mesyuarat PIBG pada bulan Februari 2009 yang lalu. Berkat kerjasama ahli Kelab SPBT yang tidak berbelah bahagi dan sayang akan kelab mereka, taman ini telah semakin cantik dengan adanya kolam buatan yang telah tersedia sebelum ini.

Antara tanaman yang ditanam di taman ini ialah spider lily(bakung),
kiambang,dan pokok-pokok tropika. Nama akua diambil sempena nama pokok-pokok yang berkaitan dengan air, manakala tropika pula merujuk kepada pokok-pokok tropika.

Semoga taman akua-tropika ini menjadi taman dan lanskap yang cantik dari semasa ke semasa sekaligus mencantikkan panorama sekolah kita. Diharap pelajar-pelajar menjaga kebersihan taman ini dengan tidak membuang sampah di taman ini. Pelajar-pelajar boleh menggunakan kerusi di taman ini untuk membaca.

BULETIN SPBT EDISI 02/MAC 09

AKTIVITI-AKTIVITI KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS 2009
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Kempen Sayangi Buku Teks 2009 telah dilancarkan pada Isnin 12 Februari 2009 oleh Pengetua SMK Seksyen 7, Pn. Hjh Alawiyah Ahmed Dahlan. Pada majlis tersebut, Pengetua telah menandatangani replika buku yang telah dihasilkan oleh guru Kelab SPBT iaitu Cik Ni’Mazakirah. Motto kempen ini ialah “Sayangi Buku Pelajar Berilmu” iaitu mengambil sempena motto Unit SPBT. Semasa perasmian, guru-guru telah diberikan penanda buku sebagai cenderamata dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Antara aktiviti semasa kempen ini dijalankan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mereka penanda buku, pertandingan power point, pertandingan membalut buku terpantas, kuiz bertulis dan menulis esei. Sementara itu, borang-borang pengesahan penerimaan dan penjagaan buku oleh ibu bapa telah diedarkan semasa kempen ini berlangsung. Pemantauan buku teks pelajar-pelajar turut dilakukan sepanjang kempen ini.

Dengan adanya kempen ini pelajar-pelajar diharap dapat menyayangi buku teks mereka dan memanipulasi buku teks bukan sahaja untuk tujuan peperiksaan tetapi untuk tujuan pertandingan.

BULETIN SPBT EDISI 01/FEB 09

PENGAGIHAN BUKU TEKS 2009
SMK Seksyen 7, Shah Alam –Pengagihan buku-buku teks kepada pelajar yang layak mendapat SPBT telah dibuat pada 4 Januari 2009 sempena majlis orientasi pelajar Tingkatan 1 2009. Buku-buku tersebut telah dibungkus di dalam plastik untuk memudahkan pengagihannya.
Sementara itu agihan buku-buku teks kepada pelajar Tingkatan 5 dibuat pada 5 Januari 2009.
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 pula menerima buku-buku mereka selepas selesai pemilihan mata pelajaran elektif iaitu pada 8 Januari 2009.

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 pula telah menerima buku Tingkatan 2 dan 3 pada akhir tahun lepas untuk memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran.

Diharap pelajar-pelajar dapat membalut buku mereka dengan plastik, menulis nama di ruangan yang disediakan serta menjaga buku teks dengan baik.

PEMANDANGAN DI DALAM BILIK BOSS



























KATA-KATA HIKMAT DI DALAM BILIK BOSS